Mediaklik
Jawatan Kosong Sektor MPS : Gaji Ditawarkan Sehingga RM9,000

Jawatan Kosong Sektor MPS : Gaji Ditawarkan Sehingga RM9,000

Berita baik buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, kini jawatan kosong sektor MPS dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Seperti sedia maklum, terdapat pelbagai pengambilan kerja dalam sektor kerajaan kini dibuka.

JAWATAN KOSONG SEKTOR MPS

Untuk makluman, kini Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Pelbagai jenis jawatan ditawarkan dengan kelayakan yang berbeza sehingga gaji RM9,000 mengikut jatawan yang ditawarkan.

Pengambilan kerja ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti di bawah :

  1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41 / 42
    • Jadual Gaji: RM 2,429 – RM 9,656
  2. JURUTERA J41
    • Kadar Gaji: RM 2,529 – RM 9,643
  3. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR C29
    • Kadar Gaji: RM 1,505 – RM 5,696
  4. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G29
    • Kadar Gaji: RM 1,494 – RM 5,674
  5. PENOLONG JURUAUDIT W29
    • Kadar Gaji: RM 1,498 – RM 5,678
  6. PEMBANTU AKAUNTAN W19
    • Kadar Gaji: RM 1,353 – RM 4,005
  7. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
    • Kadar Gaji: RM 1,377 – RM 4,052
  8. PEMBANTU AWAM H11
    • Kadar Gaji: RM 1,218 – RM 2,939

KELAYAKAN JAWATAN KOSONG SEKTOR MPS

Berikut adalah kriteria kelayakan asas bagi permohonan jawatan kosong yang ditawarkan MPS seperti :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan yang ditawarkan

PANDUAN MOHON JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN

Bagi mereka yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan. Permohonan hendaklah dikemukakan dan dibuat secara atas talian (online) di Sistem e-Jawatan MPS – SEMAK DISINI

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diperlukan adalah sahih, benar, dan tepat serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Kepada calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga. Untuk sedia maklum, tarikh tutup permohonan jawatan yang ditawarkan Majlis Perbandaran Selayang ini adalah pada 2 Oktober 2023.

INFORMASI LANJUT

Untuk semak lebih lanjut berkenaan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini. Sila ke laman utama – RUJUK DISINI untuk informasi lengkap.

Add comment