Mediaklik

JAWATAN KERAJAAN (SPA) UNTUK KELULUSAN MINIMA PT3/PMR/SRP

                 


Senarai Jawatan Kerajaan SPA9 Yang Boleh Dimohon Dengan Kelayakan Minima PMR/PT3/SRP
  • Bentara Parlimen Gred N11 
  • Operator Lokji Gred h11
  • Pemandu Kenderaan Gre
  • d H11
  • Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
  • Pembantu Awam Gred H11
  • Pembantu Hidupan Liar Gred G11
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
  • Pengawal Keselamatan Gred kp11
  • Pengawas Hutan Gred G11
  • Penghantar Gred N11
Sila semak syarat kelayakan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon DI SINI

SYARAT LANTIKAN

Bagi tujuan pelantikan jawatan dalam sekto perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3, pemohon mestilah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 yang ditetapkan iaitu :

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Pemohon yang memiliki keputusan PMR adalah seperti berikut adalah layak untuk dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksanaan  yang bersesuaian yang mensyaratkan PMR/SRP iaitu :
  • Memperoleh sekurangnya Gred “D” dalam lima(5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik 
  • Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan Kepujian dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayum, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Pemohon yang memiliki kelayakan PT3 adalah seperti berikut adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalan Kumpulan Pelaksanaan yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR iaitu : 
  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred “E” dalam (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik 
  • Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan “kepujian” dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred “C” dalam mata pelajaran berkenaan.

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk bekerja dalam Perkhidmata Awam, anda boleh buat permohonan melalui sistem SPA9. Sudah mendaftar ke belum ?

Add comment