Mediaklik

INSENTIF BULANAN SEBANYAK RM900 KEPADA LATIHAN INDUSTRI GOLONGAN BELIA


PETALING JAYA: Kerajaan akan menyediakan insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berusia 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan iaitu meningkat berbanding RM800 sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, belia negara ialah penentu pada jatuh bangunnya negara ini, justeru pendedahan kepada alam pekerjaan amat penting untuk mereka berhadapan dengan dunia sebenar yang kian mencabar.






KADAR BANTUAN 

Kadar bantuan elaun yang akan diberikan adalah sebanyak :

  • RM900




“Sejak 2019, kerajaan telah mula membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri. Oleh itu, saya menyeru agar pihak swasta turut memberi elaun sekurang-kurangnya RM900 atas khidmat pelajar tersebut” , kata Menteri Kewangan

Add comment