Untuk pengetahuan anda, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun bank masing-masing. Sekiranya anda masih belum terima bayaran atau gagal dikreditkan, anda boleh kemaskini akaun bank di portal i-Lestari melalui talian atau terima Cek Jurubank daripada KWSP.
Sila ikuti segala perkongsian yang telah kami sediakan di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tarikh bayaran i-Lestari untuk bulan April ini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN RM600 SEBULAN KEPADA PARA PEKERJA & RM200 KEPADA MAJIKAN | MOHON SEKARANG!
BAYARAN TERAKHIR i-LESTARI
Untuk makluman anda, pembayaran i-lestari bagi bulan April adalah merupakan bayaran terakhir yang akan diterima. Selepas ini, tiada lagi bayaran bulanan i-lestari yang akan dilakukan ke akaun para pemohon.
Namun, ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 KWSP masih boleh untuk melakukan permohonan pengeluaran menerusi i-Sinar yang dibuka sehingga 30 Jun 2021.
TARIKH BAYARAN i-LESTARI BULAN APRIL
Bayaran i-lestari untuk bulan April 2021 akan dibayar mengikut jadual pembayaran sebelum ini iaitu:
- Bermula pada 1 April 2021
Sila semak jadual lengkap pembayaran i-Lestari bulan April di bawah:
SEMAKAN STATUS PENGELUARAN i-LESTARI KWSP
1. Semakan status boleh dilakukan secara atas talian di laman web KWSP berikut :
2. Klik pada butang SEMAK STATUS
3. Masukkan nombor kad pengenalan serta nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan
4. Klik pada kotak ‘saya bukan robot’ dan klik butan SEMAK
CARA SEMAK BAKI & TRANSAKSI BAYARAN i-LESTARI KWSP
Bagi ahli yang memiliki i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan semakan baki serta transaksi bayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian seperti berikut:
- Login i-Akaun
- Pilih Withdrawal / Pengeluaran
- Pilih Withdrawal History
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan i-lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP 03-8922 4848
Add comment