Mediaklik

[COVID-19] BANTUAN KHAS KEWANGAN RM50,000 SEHINGGA RM500,000 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MENDAPAT KESAN MUDARAT SELEPAS PENGAMBILAN VAKSIN


Kerajaan telah bersetuju dengan pemberian bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 kepada warganegara Malaysia dan warganegara asing yang mendapat kesan sampingan serius setelah menerima suntikan vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan rakyat dan penerima vaksin Covid-19 serta terus berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat bagi menerima suntikan vaksin Covid-19. Pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 boleh dibuat secara PERCUMA dan ianya perlu dilakukan secara sukarela, tiada paksaan.




BANTUAN KHAS KEWANGAN VAKSIN

Kerajaan bersetuju untuk menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 ini.


Kerajaan telah meluluskan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 seperti berikut:

1. Jika berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin Covid-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital
  • RM50,000

2. Jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid-19
  • RM500,000



TUJUAN BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 ini merupakan langkah proaktif kerajaan untuk:

  • Menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampinan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin Covid-19 ini akan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin ini kelak



JAWATANKUASA YANG DITUBUHKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan 3 jawatankuasa di peringkat Kementerian bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin Covid-19 seperti berikut:


1. Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin Covid-19

Bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi (AEFI) dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin Covid-19


2. Jawatankuasa Teknikal Perubatan

Untuk menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait (causal relationship) dengan vaksin COvid-19. Penilaian akan dibuat secara case to case basic berdasarkan bukti yang diterima dan laporan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin Covid-19


3. Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19

Untuk memberi kelulusan bantuan khas kewangan berdasarkan keputusan kedua-dua jawatankuasa


Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin Covid-19 akan diberikan kepada penerima vaksin terkesan setelah dinilai oleh 3 jawatankuasa ini yang mana bayaran akan dibuat oleh NADMA kepada penerima vaksin yang terkesan.


INFO RASMI MAKLUMAT : covid-19.moh.gov

Add comment