Mediaklik
Cara Claim Baucar Shopee RM400 Secara Percuma Untuk Rakyat

Cara Claim Baucar Shopee RM400 Secara Percuma Untuk Rakyat

Di halaman ini dikongsikan cara claim baucar Shopee bernilai RM400, kredit ini diberikan percuma kepada rakyat melalui kempen jimat air.

Untuk makluman, terdapat sebuah inisiatif berbentuk bantuan baucar yang telah diperkenalkan pada tahun ini bagi meringankan beban masyarakat.

PROGRAM KEMPEN JIMAT AIR

Dalam usaha bagi menggalakan masyarakat Malaysia menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran promosi. Pihak Suruhanjaya perkidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini menjalankan sebuah program Kempen Jimat Air edisi ke 4.

Menerusi kempen air 4.0 ini, baucar shopee percuma bernilai sehingga RM400 akan diberi dan diedarkan kepada pengguna-pengguna yang berkelayakan. Baucar boleh ditebus untuk pembelian produk jimat air untuk kediaman masing-masing.

Perlaksanaan program jimat air 4.0 ini adalah merupakan kesinambungan kempen jimat air 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini. Kempen ini dikenalikan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Shopee.

JENIS BAUCAR MENGIKUT PECAHAN

Di bawah adalah 3 jenis baucar yang boleh ditebus mengikut pencahan seperti berikut :

  • Baucar bernilai RM200 untuk pembelian masin basuh
  • Baucar bernilai RM150 untuk pembelian kelengkapan mandi dan tandas
  • Baucar diskaun sehingga 50 peratus untuk dapatkan kepala paip (50%)

Senarai perkakas yang terlibat dalam program kempen jimat air 4.0 adalah seperti berikut :

  • Mesin basuh
  • Perkakas bilik mandi
  • Perkakas bilik tandas
  • Pekedai terlibat

CARA CLAIM BAUCAR SHOPEE

Kepada mereka yang ingin tebus kredit percuma ini, panduan lengkap cara claim baucar shopee bernilai RM400 telah disediakan. Sila layari laman rasmi –KEMPEN JIMAT AIR untuk tebus baucar.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat terperinci berkenaan kempen jimat air 4.0 ini. Sila hubungi talian khas SPAN di – 03 8317 8333 atau hantar emel ke wepls@span.gov.my.

INFORMASI LEBIH LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan melalui pelbagai agensi telah memperkenalkan dan melancarkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan. Perkara ini adalah bagi meringankan beban masyarakat terutama golongan terjejas dan B40.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada disediakan pada tahun ini dan layak untuk kalian memohonnya – RUJUK DISINI untuk info lengkap.

Add comment