Mediaklik

BAYARAN BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM1,500 KEPADA SEMUA GOLONGAN TERMASUK GOLONGAN PENIAGA


Bagi memahami masalah rakyat yang ramai terjejas akibat pelaksanaan PKP, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dan menghadapi saat-saat gentir ketika pendemik ini.

Bantuan kewangan dan bantuan diskaun dengan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak 1.4 billion akan diberikan kepada semua golongan tanpa sisihkan golongan yang terjejas, termasuk juga golongan peniaga yang akan menerima bantuan dalam bentuk geran khas tunai.



KADAR BANTUAN

Kadar bantuan BKSS 6.0 kepada peniaga yang layak adalah sebanyak:

  • RM1,500



TARIKH BAYARAN BKSS 6.0 PENIAGA

Bayaran BKSS 6.0 akan dibuat secara 2 fasa, iaitu :

  • RM750 pada Julai
  • RM750 pada Disember

Pembayaran akan disalurkan melalui SarawakPay. 



SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan peniaga yang layak adalah:

  • Merupakan rakyat Sarawak
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mestilah menjalankan perniagaan sebelum 1 Jun 2021
  • Perniagaan online adalah tidak layak mohon
  • Tarikh akhir permohonan permit adalah pada 30 Jun 2021
  • Permit sah pada Jun hingga November 2021
  • Pembayaran BKSS adalah melalui SarawakPay



PENIAGA YANG LAYAK

1. Gerai makan

2. Kedai Kunci

3. Pasar

4. Kedai kampung/ kedai terpencil

5. Barber/ salun rambut

6. Kantin (pemilik individu)


Peniaga juga perlu mendaftar dengan PBT bagi mendapatkan permit yang dikeluarkan PBT dengan tempoh permit adalah dari Jun hingga November 2021.



CARA KEMASKINI MAKLUMAT

Penerima BKSS 6.0 sebelum ini perlu mengemaskini status akaun SarawakPay di PBT dengan langkah berikut:


1. Melalui Platform Online



2. Melalui SarawakPay

Muat turun aplikasi Sarawak Pay di dalam telefon anda.
  • Google Play Store
  • App Store


SEMAKAN STATUS BKSS 6.0

Semakan status kelulusan boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:


1. Sila layari laman web : community-service.sarawak.gov.my

2. Klik Semakan Status

3. Masukkan No MyKad dan klik Cari

4. Terdapat beberapa jenis status yang akan diterima iaitu RECOMMENDED, LULUS atau SUBMITTED. 


Peniaga/ Penaja yang LULUS juga akan menerima SMS.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila boleh hubungi pihak PBT melalui talian berikut:

DBKU: 08 244 8763/ 08 244 6688
MBKS: 08 224 2311/08 235 4200
MPP: 08 261 5566

Add comment