Mediaklik
Bantuan SARa RM100 : Telah Mula Dikreditkan Dalam MyKad Penerima STR

Bantuan SARa RM100 : Telah Mula Dikreditkan Dalam MyKad Penerima STR

Bantuan SARa RM100 telah mula dikreditkan ke dalam mykad penerima STR yang berkelayakan mulai bulan ini.

Untuk pengetahuan umum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk mengagihkan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara berperingkat bermula Julai 2023.

BANTUAN SARa RM100 SETIAP BULAN

Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan khusus meringankan beban rakyat. Salah satu insentif yang mula dilaksanakan baru-baru ini adalah STR Tambahan RM600, bantuan SARa RM100 setiap bulan selama 6 peringkat.

Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah. Kepada mereka yang berkelayakan akan diberikan insentif dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas bernilai RM600.

KADAR & JADUAL BAYARAN

Bagi penerima STR yang berada dalam kategori isi rumah berstatus miskin tegar melalui data ekasih secara automatik layak menerima insentif ini. Mereka akan menerima jumlah RM600 secara kredit dalam MyKad masing-masing dan boleh dibelanjakan di pasaraya berdaftar untuk membeli barang keperluan harian.

Jadual bayaran bantuan SARa seperti berikut :

  • Julai 2023 (RM100)
  • Ogos 2023 (RM100)
  • September 2023 (RM100)
  • Oktober 2023 (RM100)
  • November 2023 (RM100)
  • Disember 2023 (RM100)

Jadual bayaran di atas adalah bagi penerima negeri-negeri di semenanjung Malaysia. Bagi penerima di kawasan negeri Sabah, Sarawak dan labuan. Mereka akan diberikan secara pengkreditkan terus ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan jumlah penuh sebanyak RM600.

SYARAT KELAYAKAN SARa

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan bagi bantuan SARa RM100 sebulan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah
  • Pendapatan tidak melebihi PGK Pendapatan Garis Kemiskinan
  • Tersenarai sebagai penerima miskin tegar melalui data ekasih

SEMAKAN STATUS

Kepada penerima sedia ada STR, kalian boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini secara online. Sila layari laman rasmi –SUMBANGAN ASAS RAHMAH

INFORMASI LEBIH LANJUT

Terdapat lebih banyak bantuan khas khususnya berbentuk kewangan yang ditawarkan kerajaan bagi meringankan beban golongan B40 dan miskin pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk anda memohon – RUJUK DISINI untuk info penuh.

 

Add comment