Bantuan lesen memandu percuma telah ditawarkan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan menepati kelayakan yang ditetapkan.
Pelbagai inisiatif yang telah pihak kerajaan perpaduan perkenalkan pada sidang Belanjawan 2023 bagi meringankan beban rakyat, salah satunya program khas ini.
PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU 2023
Kerajaan Malaysia MADANI yang berlandaskan 6 perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, hormat, daya cipta,keyakinan dan ihsan. Bagi memastikan langkah yang lebih produktif serta membantu golongan masyarakat yang kurang berkemampuan, pelbagai inisiatif yang disediakan.
Program bantuan lesen memandu percuma ini adalah jenis ujian memandu, e-hailing, teksi dan bas. Program bantuan MyPSV ini adalah sebuah inisiatif yang membantu kira-kira 4,000 individu tergolong dalam B40 bagi mendapatkan lesen memandu.
Dengan peruntukan sebanyak RM2 juta, peserta yang berkelayakan anak dibiaya dengan kos ujian serta latihan. Perkara ini juga telah dirangka sebagai komitmen dalam usaha cakna kerajaan perpaduan untuk membantu meringankan beban kumpulan b40.
SYARAT KELAYAKANÂ
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menyertai program bantuan lesen memandu MyPSV tahun ini seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun dan keatas
- Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
- Pemohon lesen vokasional PSV (e-hailing/ teksi) perlu memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas D/DA
- Pemohon bagi lesen vokasional PSV (Bas BTM melebihi 7,500 kg) perlu memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas D atau kelas E
CARA DAFTAR PERMOHONAN
Kepada mereka yang berminat, permohonan menyertai program khas lesen memandu MyPSV ini boleh dilakukan. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari portal rasmi bantuan – MyPSV
Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan disarankan untuk menyertai program bantuan khas ini supaya dapat manfaat dari kerajaan pada tahun ini.
INFORMASI LEBIH LANJUT
Selain bantuan khas lesen MyPSV, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan menerusi pelbagai agensi pada tahun ini untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon – RUJUK DISINI untuk informasi penuh.
Add comment