Mediaklik

BANTUAN KELUARGA FASA 2 ~ Semak Sekarang !

 Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hampir 8 juta penerima BKM akan menerima manfaat pada hujung bulan Mac dengan kesan kewangan berjumlah RM8.2 juta ringgit.

 “Sebelum ini, BKM telah mendapat bantuan daripada tunai langsung. Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar tambahan

 BKM Fasa 2 jumlah bantuan kami kongsikan kepada anda..

Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022

Pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan mendapat bayaran RM100 hingga RM400 mengikut kelayakan setiap penerima.  Bantuan akan diberi mengikut empat kategori di pembentangan Belanjawan 2022:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:

 •   RM2,000: Lebih 3 orang anak

 •   RM1,500: 1-2 orang anak

 •   RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:

 •   RM800: Lebih 3 orang anak

 •   RM600: 1-2 orang anak

 •   RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

 •   RM300: Warga Emas

 •   RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

Jumlah Bayaran BKM FASA 2 Bagi Setiap Kategori

Berikut merupakan jumlah bayaran untuk fasa 2:

Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM


Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:

 –   Sudah Berkahwin

 –   Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan

 –   Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2

  • Pembayaran BKM Fasa 2 bermula pada Jun 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.
  • Seperti BKM Fasa 1, kemungkinan tarikh pengkreditan BKM adalah pada penghujung bulan sekitar 28 Jun – 30 Jun. Manakala untuk penebusan secara tunai bermula 30 Jun 2022

Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.

Cara Membuat Permohonan BKM

  •  Data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
  • Permohonan baharu BKM perlu dibuat jika tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada dalam rekod yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Permohonan / Rayuan BKM

Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Maklumat Lanjut

layari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/ untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 

Add comment