Mediaklik
Seramai 25,000 Orang Layak Dapat Lesen Percuma

Seramai 25,000 Orang Layak Dapat Lesen Percuma

Seramai 25,000 orang layak untuk dapatkan lesen memandu percuma melalui program mylesen bagi bahagian negeri Melaka. Ini merupakan suatu inisiatif penting telah dilaksanakan untuk membantu individu dalam golongan B40 dengan akses kepada lesen memandu secara percuma.

Program MyLesen Untuk B40

Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer selaku Exco kerja raya, Infrastruktur, kemudahan awam dan pengangkutan negeri berkata program mylesen ini akan memberi manfaat kepada rakyat tempatan. Program ini akan membabitkan seluruh daerah dan kawasan di seluruh negeri Melaka.

Program MyLesen bertujuan untuk menyediakan peluang kepada seramai 25,000 rakyat Melaka untuk mendapatkan lesen memandu tanpa kos. Ini adalah perkembangan positif yang bertujuan mengurangkan beban kewangan yang sering dihadapi oleh golongan ini.

Dengan menyertai Program MyLesen, peserta bukan sahaja dapat memiliki lesen memandu, tetapi juga dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran pemanduan yang selamat. Ini adalah langkah penting yang diambil oleh pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan di jalan raya dan menyalurkan penyertaan yang lebih aktif terutama di kalangan belia.

Selain itu, memiliki lesen memandu juga membuka banyak peluang pekerjaan yang memerlukan pengangkutan. Program ini hanya layak disertai oleh golongan B40 yang berumur 16 tahun dan keatas sahaja.

Pihak berkenaan telah memilih semua 2,500 peserta untuk mendapatkan lesen percuma ini dan dijangka akan selesai pada penghujung tahun ini. Program mylesen bagi kawasan negeri Melaka ini telah memperuntukan dana sebanyak RM875,000 dan mungkin akan diteruskan pada tahun hadapan agar dapat memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Add comment