Permohonan Bantuan pelajar IPT (Institusi Pengajian Tinggi) telah dibuka pada bulan September ini kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Program ini adalah satu inisiatif penting bagi menyokong pendidikan tinggi di negara ini.
Sekiranya anda seorang pelajar IPT yang sedang mencari maklumat tentang bantuan kewangan, anda berada di tempat yang tepat. Pada bulan ini, permohonan untuk bantuan ini telah dibuka dan akan diterima sehingga 17 September 2024.
Program Bantuan SBPT
Pihak koperasi tentera (KT) telah mengumumkan perlaksanaan program bantuan khas untuk membantu para pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat IPTA dan IPTS. Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) adalah insentif yang ditawarkan kepada anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke IPTS/ IPTA pada peringkat asasi, ijazah atau diploma.
Bagi mereka yang ingin memohon bantuan pelajar, prosedur permohonan adalah mudah dan jelas. Pelajar perlu memenuhi syarat-syarat tertentu dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan. Penghantaran borang permohonan sebelum tarikh akhir adalah penting untuk memastikan kelulusan.
Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti :
- Warganegara Malaysia
- Dibuka kepada anggota koperasi tentera
- Telah menjadi ahli KT minima selama 4 tahun
- Semasa permohonan status keanggotaan aktif
- Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau setaraf pada tahun 2022 dan 2023 layak mohon jika belum pernah membuat permohonan SBPT.
Manfaat & Permohonan Bantuan Pelajar IPT
Bantuan pelajar IPT tahun 2024 ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada ramai pelajar dalam meneruskan pengajian mereka tanpa bebanan kewangan yang berat. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk menjamin masa depan pendidikan yang lebih cemerlang. Dengan bantuan ini, pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran mereka tanpa perlu memikirkan masalah kewangan yang mungkin timbul.
Kepada mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk kemukakan permohonan agar dapat manfaat dari program yang ditawarkan. Borang permohonan boleh dimuat turun – DI SINI
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bantuan SBPT ini, sila hubungi talian khas di 03-2303 0000 atau hadir di cawangan KT berdekatan anda. Bagi makluman umum, program ini dibuka sehingga 17 September 2024.
Add comment