Mediaklik
Panduan Naik Taraf Lesen B1 dan B2 ke B Full

Panduan Naik Taraf Lesen B1 dan B2 ke B Full

Memiliki lesen motosikal yang sah adalah keperluan untuk menunggang secara sah dan selamat di jalan raya Malaysia. Naik taraf dari lesen B2 ke lesen B Full memberikan akses kepada menunggang motosikal dengan kapasiti kuasa yang lebih tinggi. Artikel ini bertujuan untuk memberikan panduan langkah demi langkah bagi pengguna yang ingin melakukan proses ini.

Panduan Naik Taraf Lesen

Bermula 1 Oktober 2024, setiap pemegang lesen memandu Malaysia (LLM) kelas b2 dan b1 boleh membuat penaikkan taraf ke kelas B full. Perlaksanaan ini adalah bagi memastikan semua penunggang motorsikal mempunyai lebih pengetahuan dan kemahiran yang selayaknya.

Proses naik taraf lesen B1 dan B2 ke B Full memerlukan beberapa langkah penting. Pertama, pengguna harus memastikan mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini termasuk had umur minimum dan pengalaman memandu motosikal.

Syarat Panduan Naik Taraf Lesen Ke B Full

Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti :

  • Tempoh lesen bagi B2 dan B1 wajib melebihi 10 tahun
  • Pemegang lesen memandu perlu bebas dari sebarang masalah seperti senarai hitam, saman atau rekod jenayah
  • Sihat dari segi fizikal dan mental
  • Wajib hadir dan lulus program peralihan untuk belajar menunggang motorsikal 500cc keatas
  • Hadir latihan amali selama sekitar 2 jam dan penilaian penukaran lesen akan dilakukan.

Kepada mereka yang menaik taraf lesen ke B Full, pembayaran sebanyak RM160 dan RM10 kepada pihak JPJ dan jika gagal, perlu menjalani ujian amali selama 2 jam.

Dokumen Diperlukan untuk Permohonan

Berikut adalah beberapa dokumen yang perlu disediakan untuk naik taraf lesen B2 ke B Full:

  • Kad pengenalan asli dan salinan
  • Lesen memandu terkini
  • Bukti pembayaran yuran kursus dan ujian
  • Borang permohonan yang lengkap dan ditandatangani

Dokumen-dokumen ini perlu diserahkan kepada pihakĀ JPJ atau institut latihan memandu semasa proses permohonan.

Kesimpulan Naik Taraf Lesen Memandu

Naik taraf daripada lesen B2 ke B Full adalah langkah penting bagi mereka yang mahu meningkatkan akses dan kemampuan menunggang motosikal yang lebih besar. Dengan mengikuti panduan dan langkah yang telah disediakan, proses ini boleh dijalankan dengan lebih mudah dan lancar.

Add comment