Inisiatif bulanan RM300 ditawarkan untuk keluarga yang berada dalam lingkungan kumpulan B40 dan M40 pada tahun ini. Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif bulanan RM300 yang direka khusus untuk membantu golongan B40 dan M40 melalui program eWallet Bantuan Kehidupan Sejahtera.
Inisiatif Bulanan RM300 Untuk Satu Keluarga
Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan meringankan beban kewangan mereka, yang terjejas akibat pelbagai faktor ekonomi. Insentif berbentuk eWallet ini bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan secara langsung kepada kumpulan B40 dan M40, yang mana mereka sering menghadapi cabaran dalam menampung keperluan harian.
Dengan penyediaan bantuan ini, kerajaan berharap dapat mendorong penggunaan eWallet secara lebih meluas, seterusnya menyokong pembangunan ekonomi digital di Malaysia. Pendekatan ini juga akan mempermudahkan proses pengagihan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Inisiatif ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada masyarakat. Melalui program eWallet Bantuan Kehidupan Sejahtera 2024, golongan B40 dan M40 berpeluang untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka sambil menyokong ekonomi digital negara. Semoga program ini dapat diterima dengan baik dan berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan, memberikan harapan kepada ramai rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.
Syarat kelayakan Dapatkan Bantuan Bulanan RM300
- Warganegara Malaysia
- Keluarga yang tanggungan berumur 18 tahun kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
- Kumpulan B40 & M40
- Pendapatan bulanan dibawah RM5,000
- Pemilih berdaftar
- Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun.
Daftar Permohonan Inisiatif RM300
Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi kerajaan. Untuk panduan lengkap dan permohonan, sila layari pautan rasmi bantuan kehidupan sejahtera – BINGKAS
Permohonan akan ditutup jika kuota telahpun penuh.
Maklumat Lanjut
Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif telah ditawarkan kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat tempatan yang memerlukan terutama golongan sasar. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2024 dan layak untuk didapatkan di halaman utama.
Add comment