Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 : Semakan Jadual & Jumlah Bayaran

Follow the Info Bantuan kerajaan 2025 channel on WhatsApp

BANTUAN Sumbangan Tunai Rahmah

Seperti yang diketahui umum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan satu inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan dalam belanjawan 2025. Program ini bertujuan untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Dengan pelbagai kategori penerima, STR diharapkan dapat memberikan bantuan yang berkesan kepada golongan yang layak.

Kategori Penerima Sumbangan STR 2025

Untuk tahun ini, kategori penerima bantuan STR merangkumi bujang, isi rumah, dan warga emas dari kelompok pendapatan B40 & M40. Ini memastikan pelbagai lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah 2025.

Dengan jumlah keseluruhan bayaran bantuan yang boleh mencecah sehingga RM2,500 setahun, program ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperbaiki kehidupan rakyat. Kaedah pemberian diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.

Jadual & Jumlah Bayaran Sumbangan STR Mengikut Kategori

Kepada yang terlepas pandang, berikut adalah jadual rasmi pembayaran STR bagi sesi tahun 2025 mengikut fasa :

  • STR FASA 1 : Januari 2025
  • STR FASA 2 : April 2025
  • STR FASA 3 : Ogos 2025
  • STR FASA 4 : November 2025.

Manakala jumlah keseluruhan yang telah ditetapkan mengikut kategori kelayakan adalah seperti berikut :

  • Bujang : RM600 Setahun
  • Warga emas : RM900 setahun
  • Isi rumah B40 : RM2,500 setahun
  • Isi rumah M40 : RM1,250 setahun

Nota : Diatas adalah jumlah bayaran bagi STR sahaja, amaun tidak termasuk bayaran bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Fasa Pembayaran dan Manfaat

Bayaran untuk STR akan disalurkan secara berperingkat melalui empat fasa, setiap satu melibatkan jumlah yang berbeza bergantung kepada kelayakan setiap kategori. Melalui pelaksanaan ini, dianggarkan sekitar 9 juta penduduk Malaysia akan menerima faedah daripada program STR.

Inisiatif ini diadakan untuk meringankan beban kewangan, memperbaiki keadaan ekonomi, dan membantu rakyat dalam menjalani kehidupan seharian. Pendaftaran permohonan dan pengemaskinian maklumat terkini dibuka sepanjang tahun ini, untuk semakan selanjutnya sila ke laman rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk rujukan selengkapnya.

LEBIH INFO

Sepanjang tahun ini kerajaan Malaysia telah perkenal dan menyediakan lebih banyak lagi program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kepada orang awam. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan sesuai untuk dimohon – RUJUK DISINI untuk lebih informasi.

Leave a Comment