Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau lebih dikenali sebagai PEMERKASA telah pun diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin bagi tujuan membantu semua golongan B40 yang masih terjejas dan berumur 21 hingga 60 tahun sepanjang waktu pkp dan pandemik ini.
Di samping itu, bantuan khas tambahan RM500 ini juga akan diberikan kepada para penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga kepada mereka yang telah kehilangan punca pendapatan atau pekerjaan.
BACA JUGA : BANTUAN KHAS SECARA ONE OFF SEBANYAK RM100 KEPADA GOLONGAN YANG TERKESAN SEPANJANG PANDEMIK COVID-19
KADAR BANTUAN
Individu yang layak akan menerima bantuan sebanyak :
- RM500
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 21 hingga 60 tahun.
3. Terdiri daripada golongan B40.
4. Para penerima BPR yang mempunyai pendapatan RM1,000 dan ke bawah atau;
5. Kehilangan punca pendapatan.
CARA PERMOHONAN
Untuk makluman, bagi pemberian bantuan ini tidak memerlukan sebarang proses permohonan dan pendaftaran yang perlu dilakukan.
Sebaliknya, pihak kerajaan akan melakukan pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. Bagi mereka yang layak, mereka akan mula menerima pembayaran bermula pada bulan Jun 2021 yang mana akan dimasukkan secara terus ke dalam akaun penerima masing-masing.
Add comment