Ujian Memandu PERCUMA Untuk Kelas B2 Teksi Bas Dan E-hailing, Semak Sekarang


Dalam usaha membantu belia B40 yang sedang dan akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang lalu berkata kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran lesen di bawah program bantuan lesen memandu serta bayaran lesen memandu motosikal kelas B2.


"Kerajaan juga bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2 (bagi golongan B40).


Bantuan Ujian Memandu Percuma Untuk Rakyat Malaysia


Bantuan lesen memandu ini telah diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan bajet 2023, Salah satu inisiatif yang telah diumumkan adalah program bantuan lesen memandu percuma untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan. Menerusi kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pihak kerajaan akan menampung kos bayaran bagi lesen memandu kelas B2.


Bantuan ini diberikan khas kepada gologan belia B40 yang sedang atau akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas, e-hailing dan lesen kelas B2.


Selain dapat membantu golongan belia B40, kerajaan juga dapat meningkatkan perkembangan ekonomi dari aspek pengangkutan awam.


Jenis Bantuan Lesen Memandu


Fokus utama kerajaan untuk bantuan ini adalah untuk membantu gologan belia yang jugak penentu masa depan negara bagi merancakkan pengekonomian jangka masa panjang, iaitu dari segi penggangkutan awam.


Dengan itu, kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran untuk mendapat lesen memandu bagi kategori lesen:


  • Teksi

  • Bas

  • E-hailing

  • Lesen kelas B2


Syarat Kelayakan


  • Warganegara Malaysia

  • Tidak pernah mengambil lesen sebelum ini

  • Mental dan fizikal sihat

  • Tiada kecacatan ahli

  • Nama anda tidak pernah disenaraihitamkan oleh PDRM Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ


Semakan Bantuan Lesen Memandu


Sama ada anda layak atau tidak menerima semakan bantuan lesen keluarga malaysia 2022 boleh disemak melalui pautan ini di portal rasmi di e-Kasih.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad