Bantuan e-Tunai Rahmah RM200 Khas Untuk Rakyat Malaysia, Belanjawan 2023 Malaysia MADANI
Bantuan e-Tunai Rahmah Malaysia Madani RM200 (e-Wallet) untuk rakyat Malaysia.
Melalui bajet 2023, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-wallet sebanyak RM 200. Bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.
Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk di bawah.
Bantuan e-Tunai Rahmah RM200
Inisiatif ini merupakan satu bentuk bantuan daripada kerajaan dalam usaha menggalakkan masyarakat Malaysia menggunakan pembayaran e-wallet. Kerajaan Malaysia juga telah bekerjasama dengan syarikat yang mengusahakan aplikasi e-dompet.
Bantuan ini dinamakan sebagai bantuan e-Tunai adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat transaksi melalui ewallet yang didapati mudah dan selamat.
Kerajaan memperuntukkan RM400 juta dan akan memanfaatkan kepada lebih 2 juta belia untuk inisiatif ini.
Kadar Bantuan
Bantuan eTunai ini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
Kerajaan meneruskan bantuan ini kerana untuk mencapai matlamat rakyat Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.
Syarat Kelayakan
Untuk memohon bantuan e-wallet ini, berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini:
Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
Masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Untuk permohonan bantuan ini, kerajaan akan umumkan dari semasa ke semasa.
Cara Tebus Bantuan e-Tunai Rahmah
Dijangkakan seperti tahun lalu, bantuan kredit etunai ini boleh ditebus di platform e-dagang pilihan seperti:
Grabpay
ShopeePay
Bigpay
Tounch N Go ewallet
Penebusan bantuan ini hanya boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap pemohon. Buat masa ini tarikh perlaksanaan masih belum diumumkan.
0 Response to "Bantuan e-Tunai Rahmah RM200 Khas Untuk Rakyat Malaysia, Belanjawan 2023 Malaysia MADANI "