Anda Boleh Mengeluarkan Keseluruhan Simpanan KWSP, Berikut Adalah Jenis Pengeluaran Penuh Yang Dibenarkan
Untuk pengetahuan anda, jika mengikut syarat-syarat kelayakan anda boleh membuat pengeluaran penuh akaun KWSP.
Jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan melalui akaun 1 dan akaun 2 yang boleh dimohon oleh pencarum yang memenuhi syarat kelayakan.
Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa pada waktu ini tiada sebarang pengeluaran khas KWSP yang akan dibenarkan.
Jenis Pengeluaran Penuh KWSP Yang Dibenarkan
Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran sepenuhnya melalui akaun 1 dan akaun 2 melalui beberapa kategori dan syarat tertentu.
Pengeluaran sepenuhnya boleh dilakukan pada bila-bila masa jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah jenis-jenis pengeluaran yang dibenarkan:
1. Hilang Keupayaan
Ahli / pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengalami masalah hilang upaya kekal layak untuk membuat pengeluaran sepenuhnya simpanan setelah disahkan oleh pegawai perubatan.
Selain itu meraka juga secara automatik layak menerima insentif sebanyak RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya. Tujuan bantuan ini diberikan kepada ahli adalah untuk membantu meringankan beban ahli yang terjejas kesihatan.
2. Melepasi Umur 55 Tahun
Kepada para pencarum yang telah mencapai umur 55 tahun secara automatik anda akan dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan KWSP mereka. Akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan menjadi akaun 55 tahun.
Bagi pencarum yang memilih untuk terus melanjutkan pekerjaan, caruman yang diterima selepas itu akan dimasukkan ke dalam akaun emas. Pengeluaran wang tersebut hanya dibenarkan apabila mencapai umur 60 tahun.
3. Ahli Meninggalkan Negara
Bagi ahli / pencarum KWSP yang ingin meninggalkan negara (melucutkan atau melepaskan taraf kewarganegaraan) bagi tujuan berhijrah ke negara lain. Mereka boleh membuat pengeluaran sepenuhnya simpanan mereka dalam KWSP.
4. Kematian
Jika berlaku kematian ahli KWSP, pewaris si mati boleh membuat pengeluaran penuh simpanan. Pihak KWSP turut menyarankan ahli membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran jika berlaku kematian.
Kepada ahli KWSP yang menepati kelayakan kemudahan, permohonan pengeluaran penuh melalui akaun 1 dan 2 boleh dilakukan secara online. Sila layari laman rasmi KWSP
Cara Semak Baki Akaun KWSP
Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan semakan baki akaun KWSP milik anda:
Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman DI SINI
Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.
Untuk membuat semakan baki Akaun KWSP, sila terus klik pada pautan 'Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya'
Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.
Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda, sila kongsikan kepada kenalan yang lain.
0 Response to "Anda Boleh Mengeluarkan Keseluruhan Simpanan KWSP, Berikut Adalah Jenis Pengeluaran Penuh Yang Dibenarkan "