Tawar 5 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia juga Beri RM200 Jika Penerbagan Anda 'Delay'
Berita baik syarikat penerbangan termurah dan terbesar iaitu AirAsia menawarkan 5 juta tempat duduk percuma untuk penerbangan domestik dan antarabangsa untuk dinikmati seluruh rakyat Malaysia.
Tawaran ini juga dibuka bagi penerbangan termasuk ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu, Bali, Jakarta, Macao, Krabi, Phu Quoc, Singapura dan banyak lagi.
Disamping itu, syarikat dengan rangkaian penerbangan terluas di Malaysia dan ASEAN, AirAsia turut menawarkan penerbangan sehala all-in pada harga serendah RM23 bagi domestik dan RM60 bagi penerbangan antarabangsa.
Untuk AirAsia X pula, orang ramai boleh mendapatkan penerbangan bermula RM329 dari Kuala Lumpur ke Perth, Tokyo, Taipei, Seoul, New Delhi, Gold Coast, Busan dan banyak lagi.
Orang ramai juga boleh menempah penerbangan Premium Flatbed pada harga bermula RM1,499 sahaja. Difahamkan, kesemua harga jualan ini adalah termasuk cukai penerbangan, yuran MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain.
Pada masa yang sama, syarikat dengan kekerapan penerbangan tertinggi ini juga mengumumkan akan memberi pampasan sebanyak RM200 kepada para pelanggan mereka yang terkesan sekiranya berlaku kelewatan penerbangan selama 2 jam.
Menurut AirAsia, pampasan tersebut akan diberikan jika pelanggan menerima notifikasi penerbangan dalam tempoh 24 jam dari AirAsia daripada waktu penerbangan sepatutnya di dalam itinerari.
Walau bagaimanapun, pampasan ini hanya terpakai buat pelanggan yang membuat tempahan sepanjang kempen tempat duduk percuma AirAsia sehingga 19 Februari ini. Pelanggan yang terjejas boleh membuat tuntutan melalui laman web ini dan memasukkan nombor tempahan penerbangan seperti diminta.
Pampasan akan dimasukkan ke dalam akaun BigPay atau bank pelanggan secara automatik dalam tempoh tiga hari bekerja. Untuk mendapatkan pampasan secara automatik, pelanggan perlu memasukkan nombor telefon mereka semasa proses pendaftaran melalui laman web dan pastikan nombor diberikan sama dengan nombor yang digunapakai pada akaun BigPay. Bagi pelanggan yang bukan pengguna BigPay, anda boleh menghubungi enquiry@tuneprotect.com untuk bantuan.
Orang ramai boleh membuat tempahan sekarang sehingga 19 Februari melalui AirAsia Super App atau laman rasmi airasia.com bagi tempoh penerbangan bermula 1 Mac sehingga 10 Disember 2023. – Siakapkeli
0 Response to "Tawar 5 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia juga Beri RM200 Jika Penerbagan Anda 'Delay'"