Selepas 2 Tahun Dibuang Kerja, Farah Bersyukur Dapat Kerja Berkat MyFutureJobs PERKESO


Setelah 2 tahun diberhentikan daripada syarikat Malindo Airways Sdn Bhd pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19, rezeki Nur Farah Hidayah didunia penerbagan masih cerah.


Berkat adanya Karnival Kerjaya MYFutureJobs PERKESO, wanita berusia 28 tahun itu kini mampu tersenyum kembali apabila diterima bekerja di syarikat penerbangan MyAirline pada November 2022.


Gigih Jual Baju Online


Sebelum ini Farah, terpaksa membanting tulang selepas diberhentikan dari syarikat penerbagan sebelum ini.


“Banyak cabaran yang saya lalui setelah diberhentikan kerja daripada Malindo Airlines. Sememangnya saya menghadapi masalah dari segi kewangan sebab ada komitmen juga,”ujarnya


Berniaga adalah pilihan beliau, apabila perpaksa menyara membayar komitmen hidup, dalam pemohon 2 tahun sebelum ini.


“Saya menunggu selama dua tahun setelah diberhentikan. Sepanjang tempoh itu, saya berniaga kecil-kecilan dengan menjual baju di media sosial,”ujarnya.


Akhirnya selepas 2 tahun penuh jerih payah, Farah mampu menarik nafas lega selepas dia hadiri temuduga jawatan krew kabin MyAirline yang dilihatnya di laman Instagram Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).


13,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Termasuk Untuk Golongan OKU


Untuk pengetahuan anda, karnival kerjaya PERKESO pada tahun ini, terdapat lebih daripada 13,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan termasuk kira-kira 20% daripadanya terbuka kepada golongan OKU. Karnival kerjaya besar-besaran ini membabitkan 140 syarikat daripada pelbagai sektor dan industri.


Untuk kali ini juga, PERKESO akan menganjurkan Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah & Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 yang bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula Sabtu hingga Ahad ini yang diadakan secara besar-besaran.


Syok-nya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyempurnakan Pelancaran SKSSR & Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 pada Sabtu ini.


Jadi, tunggu apa lagi? Jom datang dan cari kerjaya pilihan anda di Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023!


Bagi pencari kerja, Perkeso menggalakkan mereka mendaftar di pautan www.myfuturejobs.gov.my/career sebelum hadir ke Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad