Wang Kertas RM1 Dibeli Dengan Harga RM12,000 Sekeping?


Tidak dapat dinafikan, ramai diantara kita miliki hobi yang unik. Ada diantaranya yang suka menghias kenderaan, melukis dan tak lupa jugak ada yang hobi mengumpul baragan lama seperti duit lama. 


Jadi tidak hairanlah ada diantara duit lama boleh dijual dengan harga yang lumayan kerana ada ramai pengumpul yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi.


“Siapa ada duit kertas RM1 lama jualkan kepada kami, kami disini berbesar hati untuk membeli wang ringgit lama tersebut dengan harga sekeping RM12,000 mengikut keadaan wang tersebut tanpa koyak.


Ramai yang pastinya akan tertarik bila membaca deskripsi seperti diatas, ditambah lagi dengan gambar yang digunakan untuk menarik perhatian anda.


Adakah ini sekadar cara blogger-blogger bukan numismatik dan juga page-page Facebook, menarik perhatian anda untuk meninggalkan komen, like atau share artikel mereka?


Persoalannya, betulkah duit kertas RM1 lama ini bernilai RM12,000?


Gambar di atas adalah milik akhbar online Mstar, yang disiarkan pada 29 Ogos 2014. Orang yang ada didalam gambar tersebut adalah Encik Syed Alwi Syed Omar yang menunjukkan wang kertas RM1 yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Sebenarnya cerita mengenai gambar tersebut telah diubah banyak kali oleh admin-admin blog dan pages Facebook yang tidak beretika ini hanya semata-mata untuk menarik perhatian pembaca atau pengguna media sosial. Pada penulisan asal tidak ada disebut harga wang kertas seperti di atas boleh dijual pada harga RM12,000.


Wang kertas 1 Ringgit mempunyai harga tinggi dimaksudkan oleh warga numismatik adalah wang 1 Ringgit dikenali sebagai wang Aishah iaitu wang kertas yang mempunyai tandatangan Allahyarham Tan Sri Dato’ Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang ke-6, pemilik sebenar tandatangan yang dikatakan sebagai tandatangan Aishah.