Wang Bantuan Awal Persekolahan Disamun Lebih RM100,000 Depan Bank


PETALING JAYA – Para murid di sebuah sekolah di Beranang, terpaksa berputih mata selepas wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih RM100,000 telah disamun dihadapan sebuah bank pagi tadi.


Wang tersebut dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank tempatan oleh pengetua sekolah di Pekan Semenyih pada pukul 10.10 pagi, secara bersendirian.


Difahamkan selepas selesai berurusan pada pukul 11 pagi, pengetua berkenaan meletakkan wang bersebut di bawah kerusi penumpang hadapan kereta miliknya yang diparkir lebih kurang 30 meter dari bank.


Selepas itu, dia meninggalkan keretanya dan ke restoran bersebelahan bank untuk membeli minuman.


Namun selepas 15 minit beliau kembali ke kereta, dan mendapati cermin kereta belakang sebelah kanan telah dipecahkan dan wang tersebut didapati hilang.


Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE