Pada aksi sebelum ini di Liga 1 Thailand antara Ratchaburi dan Lamphun Warrior. Terjahan keras Mika Chununosee kepada Safawi telah memaksa pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada pemain tersebut.
Hasrat untuk Safawi Rasid meneruskan perlawanan terbantut apabila beliau terpaksa dibawa keluar kerana kecederaan yang dialaminya.
Menerusi ciapan yang telah dibuat oleh MakanBola di Twitter, Faris Zukeiman telah menjelaskan bahawa Safawi Rasid akan terlepas perlawanan Liga Thai seterusnya menentang Nongbua Pitchaya.
Safawi Rasid difahamkan tidak akan beraksi kira-kira 10 hari dan terlepas aksi berdepan Nongbua Pitchaya pada 5 Februari kelak.
— ّ (@Nikfalovic) January 30, 2023
Beliau mengalami kecederaan ketika membantu Ratchaburi mengikat Lamphun Warrior semalam.
Ketika ini pemain yang berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami kecederaan yang serius. Beliau hanya disarankan untuk mengambil rehat selama 10 hari. – MakanBola