"Syamsul Ada Ajak Jumpa Tapi Masing-masing Sibuk, Dan Ini Kata-kata Terakhirnya"...


Semua mengetahui, semalam pelakon Puteri Sarah Liyana sudah pun memfailkan perceraian kepada Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.


Memetik Xtra, menurut Puteri Sarah dia ada menerima mesej dari suaminya bahawa dia mahu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.


“Syamsul ada WhatsApp untuk ajak berjumpa berbincang. Belum jumpa lagi sebab saya dan dia sibuk dengan jadual penggambaran.


Syamsul ada bagi kata-kata terakhir sebelum saya datang ke sini, tetapi saya tak mahu boleh kongsikan,” katanya.


Pada masa yang sama, Puteri Sarah turut meninggalkan sepatah dua kata buat suaminya itu dalam mengharungi dugaan rumah tangga.


“Insya-Allah, doakan semuanya yang terbaik untuk kita,” katana.


Sementara itu, ditanya apa proses seterusnya andai Syamsul tidak mahu melepaskan Puteri Sarah, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata jika perkara tersebut akan berlaku ada beberapa peringkat perlu dilalui.


“Kalau umpamanya tak setuju, kita akan teruskan dengan peringkat kedua di mahkamah sama, mahkamah akan rujuk pada Jawatankuasa Pendamai, kedua-dua pihak akan diwakili wakil masing-masing untuk cuba cari jalan.


“Kalau berjaya, kita akan teruskan dengan cerai. Kalau tak berjaya, mahkamah akan rujuk pada hakam pertama (keluarga), kalau tak berjaya, kita akan beralih kepada hakam yang terakhir iaitu hakam mahkamah.


“Kita akan mohon pada mahkamah agar beri mandat kepada hakam mahkamah itu supaya sekiranya dia (Syamsul) masih enggan, autoriti lafaz cerai itu diberikan pada hakam mahkamah yang mewakili plaintif (Puteri Sarah),” katanya.