Ramai Yang Pelik Lihat Story IG Safawi & TMJ, "Apa Dah Jadi Dengan Mereka"?


Bekas bintang Johor Darul Takzim (JDT) Safawi telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman bersama kelab The Dragons pada jendela perpindahan kedua Liga Thailand musim 2022/23.


Di laman Instagram , Safawi telah memuat naik semula pengumuman perpindahannya ke kelab tersebut, namun ada benda yang menarik perhatian netizen.


Entri terbaharu di IG Story tersebut ialah gambar casing earpod dengan mesej, “What you listen to and who you listen to is what you become.”


Sebuah mesej yang ‘deep’ daripada Safawi kemudian mengundang tanda tanya dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air.


Ramai yang berpendapat kini pemain berkenaan lebih lantang ketika mengutarakan pendapatnya di media sosial, berbeza seperti sebelum ini ketika dia bersama JDT.


“Duduk kelab sebelum ini IG kena pegang password, dekat Thailand dah bebas sikit main IG,” komen Rody Rotary Jr di Facebook.


“Boleh dah la main IG. Kalau tidak nanti kena panggil pula cakap tak fokus,” tambah Ardham Anuar.

Tangkap layar Instagram Story TMJ.

Tidak lupa ada juga yang turut mengingatkan Safawi untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan daripada termakan diri sendiri.