Mee RM14.60 Dibayar RM1,460, Peniaga Gigih Cari Pembeli Tersalah Bayar Di Kedainya


Seorang peniaga dengan gigih mencari pembeli yang telah tersalah masukkan jumlah duit ketika membuat pembayaran tular di media sosial Singapura.


Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai di Singapura, Xiao Mei Ban Mian telah memuat naik satu hantaran di laman Facebook pada 28 Januari lalu, menurutnya seorang pelanggan telah tersalah masukkan jumlah semasa hendak membayar.


Pelanggan tersebut dikatakan membayar sejumlah $450 (RM1,460) untuk semangkuk Mee Hoon Kueh Soup yang cuma berharga $4.50 (RM14.60).


Kesilapan tersebut disedari pemilik hanya selepas menutup kedai dan mengira akaun mereka.


Lalu mereka menyedari bahawa pelanggan tersebut telah tersalah masukkan jumlah pada sistem pembayaran dan mungkin tidak menyedari perkara tersebut.


Terbaru, pihak gerai tersebut berkata yang mereka telah memindahkan $445 (RM1,444) kepada NETS (pindahan wang secara elektronik), yang kemudiannya akan menghubungi DBS untuk membayar balik kepada pelanggan.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad