Gol Pertama Safawi Dibatalkan VAR
Nampaknya hasrat bintang baharu pasukan Ratchaburi FC, iaitu Safawi Rasid untuk menghasilkan jaringan pertamanya tertunda apabila gol saat akhirnya dibatalkan oleh VAR.
Pemain yang berusia 25 tahun itu telah dimasukkan selaku pemain gantian pada babak kedua untuk membantu menajamkan lagi jentera serangan The Dragons dalam aksi ini.
Beliau membawa impak yang cukup penting setelah menggantikan Anon Amornlertsak ketika perlawanan masih berlangsung agak seimbang.
Pada babak akhir perlawanan, Safawi yang berada dalam kotak penalti Khon Kaen dapat menghidu kekacauan barisan pertahanan lawan sebelum berjaya melepaskan satu kuisan lalu melepasi kawalan penjaga gol.
Safawi Rasid almost made first score for Ratchaburi FC today but VAR does not give a goal
— SNEsports (@SNE_Sports) January 21, 2023
š„ : AIS Play#ThaiLeague #RBFC #SafawiRasid#SNESports pic.twitter.com/beoiwmmWmG
Namun sayang, hasil penelitian VAR menyaksikan gol tersebut dibatalkan oleh kerana offside.
Keputusan akhir perlawanan menyaksikan Ratchaburi tewas 0-2 kepada bekas pasukan Liridon Krasniqi Khon Kaen FC.
0 Response to "Gol Pertama Safawi Dibatalkan VAR"