Cara Aktifkan "Kill Switch" Elak Wang Dalam Akaun Anda Dari Kena SCAM


Maybank telah memperkenalkan ciri ‘Kill Switch’ dalam MAE dan Maybank2U untuk atasi masalah scam, berikut cara nak aktifkan. 


"Kami ingin memaklumkan anda tentang ciri keselamatan perbankan dalam talian layan diri yang baharu – Kill Switch".


Sekiranya anda ingin mengelakkan wang dalam bank anda dari terkena scam, lindungi wang anda dengan menggunakan ‘Kill Switch’ untuk menyahaktifkan akses Maybank2u buat sementara waktu melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.


Sebaik sahaja akses dari Maybank2u anda telah dinyahaktifkan, anda akan dilog keluar secara automatik daripada semua sesi aktif pada aplikasi MAE.


Cara ini adalah untuk menyekat sebarang percubaan log masuk yang selanjutnya dan melindungi wang di dalam akaun anda.


Untuk menyahaktifkan akses Maybank2u melalui aplikasi MAE dan laman web Maybank2u, 


sila ikut langkah-langkah berikut:


Maybank2u


Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my


Langkah 2: Pergi ke ‘SETTINGS’


Langkah 3: Klik ‘SECURITY’ dan pilih ‘Kill Switch’


Langkah 4: Di bawah ‘Deactivate M2U Access’, klik ‘DEACTIVATE’


Langkah 5: Baca terma dan klik ‘PROCEED’


Langkah 6: Klik ‘CONFIRM’ untuk teruskan


MAE


Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan tekan ‘More’


Langkah 2: Tekan ‘Kill Switch’


Langkah 3: Pilih ‘Deactivate M2U Access’


Langkah 4: Baca terma dan tekan ‘Deactivate Now’


Langkah 5: Tekan ‘Confirm’ untuk teruskan


Nota: akaun ONLINE anda akan dilog keluar secara automatik daripada semua sesi aktif, jika akses Maybank2u anda dinyahaktifkan.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad