Warga Emas Maut Terjatuh Dalam Gaung Ketika Mendaki Di Sandakan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

SANDAKAN: Seorang warga emas maut apabila tergelincir ke dalam gaung ketika mendaki di Bukit Taman Mawar, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, lelaki yang berusia 70 tahun itu cedera parah sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 6.20 petang.

Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam gaung dari ketinggian 6.09 meter ketika melakukan aktiviti mendaki seorang diri.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi membawa mangsa ke lokasi selamat.

“Namun, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika dihubungi.

Menurut Jimmy, anggota bomba membawa mangsa turun ke lokasi selamat dan seterusnya menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan jam 8.35 malam,” katanya. 

Sumber – Awani, Sabahpost