(VIDEO) Tiga Beranak Maut Kemalangan Di Jalan Lintas


KOTA KINABALU : Tiga beranak maut, manakala seorang lagi anggota keluarga itu parah selepas pacuan empat roda dinaiki dipercayai terbabas sendiri dan merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.41 malam itu, pemandu Jimmykal Assam, 44, dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang anggota keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan pacuan empat roda dipercayai terbabas dan melanggar tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah dibawa ambulans ke HQE I untuk rawatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuk butiran dua mangsa akan dikemas kini,” katanya dalam kenyataan media.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber – HMetro / Sabahpost
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad