Suami Singgah Kedai Belikan Isteri Baju Kelawar, Dibenarkan Ride Ke Event RXZ

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Penganjuran acara RXZ Member 4.0 sangat mengujakan kerana inilah masa untuk mereka berkumpul dengan penggemar RXZ lain. Sejak beberapa hari yang lalu, ruangan media sosial pastinya penuh dengan video perjalanan sekumpulan besar 'Abang-Abang Motor' menuju ke Terengganu International Drag Strip.

Singgah kedai belikan isteri baju kelawar

Di samping itu, seorang pengguna TikTok bernama Khairy Amirul sempat memuat naik sebuah video yang dikatakan comel. Dalam perjalanan pulang selepas menyertai acara tersebut, mereka singgah sebentar di kawasan perniagaan kecil kerana salah seorang rakan mereka mahu membeli buah tangan untuk keluarga tercinta.
Dah ride sakan, beli jiwa dulu

Tanpa menanggalkan topi keledar, seorang lelaki dilihat gigih membelek baju kelawar yang ternyata bakal menjadi hadiah untuk isteri tercinta di rumah. Mekipun tidaklah mahal, sudah tentu ia bakal menjadi tanda ingatan bermakna. Yang lucunya, rakannya sempat berseloroh ia adalah taktik ‘beli jiwa’ dan menjaga kebenaran untuk diizinkan pergi ride lagi.

@khairyamirul Jaga lesen 😂 #fyp #foryoupage #berandatiktok #rxz_members_official #rxzmalaysia #bruderschaftracing #terengganu #rxzstilltheboss @RXZ MEMBERS ♬ original sound - Khairy Amirul

Bagi menjamin kelulusan ride…Tak kisahlah beli apa-apa, janji buah tangan tu dapat bahagiakan isteri

Meraih lebih setengah juta tontonan, ramai netizen memuji usaha lelaki tersebut dalam menggembirakan isterinya walaupun hanya hadiah simple. Namun begitu, ada yang bergurau katanya lelaki itu boleh mendapat ‘lesen penuh’ untuk pergi ride tanpa izin jika dia singgah masuk ke kedai emas sebelah.



Sumber: Erin Sakura