Siapa tak sedih bila harapan keluarga dah pergi “Rider Food Panda meninggal ketika sedang mencari rezeki halal demi menyara keluarga”


AL-FATIHAH

KUCHING: Hati ibu mana tidak luIuh apabila anak yang menjadi tuIang beIakang keIuarga kini pergi selamanya selepas tragedi hitam meragut nyawanya, hari ini.

Yuhanis Abdullah,20, maut selepas motorsikalnya ditunggangnya hilang kawaIan dan terbabas di Jalan Samariang, berdekatan MCD Samariang ketika sedang mencari rezeki untuk keIuarganya.

Difahamkan, remaja lelaki itu merupakan anak sulung yang menyara ibu dan seorang adik perempuan yang masih bersekolah manakala arwah ayahnya telah lama meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, laporan kemaIangan telah diterima pihaknya sekitar jam 11.35 pagi tadi.

Katanya, lanjut di tempat kejadian mendapati kemaIangan berIaku melibatkan seorang penunggang motorsikal yang merupakan penghantar makanan Food Panda.

“KemaIangan dipercayai berlaku apabila remaja itu yang datang dari arah Iampu isyarat Jalan Sultan Tengah menghaIa ke Bulatan Semariang hiIang kawalan dan terbabas ke sebeIah kanan sebelum meIanggar tiang lampu di pembahagi tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Alexson, akibat peIanggaran itu, mngsa disahkan meninggaI dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala siasatan lanjut masih diteruskan.

Sementara itu katanya, mangsa juga didapati tidak mempunyai lesen kenderaan dan jasadnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk peIaksanaan ujian Covid -19 sebelum bedah siasat dijalankan.

“Waris remaja itu juga telah dimaklumkan berhubung kemaIangan tersebut dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.

Iringi Jenazah Sahabat.. Tercium Bau Harum Ketika Mendekati Jenazah Arwah

KUCHING: Kejdian menyayat hati kematian seorang penghantar makanan ‘Food Panda’ ternyata terus menyentuh hati ramai selepas berita kemaIangannya tuIar di media sosial sejak semalam.

Yuhanis Abdullah,20, dilaporkan meninggaI dunia selepas terIibat dalam kemaIangan di Jalan Samariang berdekatan MCD Samariang pada Selasa ketika mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

Lebih menyedihkan, arwah merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga selepas ketiadaan ayahnya sementara ibu arwah mengaIami masalah kesihatan selain arwah turut mempunyai seorang adik perempuan.

Arwah juga dikatakan anak yang baik dan bersopan santun selain menjaga setiap pertuturan dengan sesiapa sahaja sehingga pelbagai kisah kebaikkannya dikongsikan orang ramai di media sosial.

Malah sekitar tengah hari tadi, dianggarkan lebih 30 penghantar makanan Food Panda dan Grabfood mengiringi jenazah arwah menggunakan motorsikal masing-masing ke Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas proses bedah siasat selesai.

Ia jelas membuktikan ikatan persaudaraan yang terjalin sesama ‘rider’ selain orang ramai turut berada di tanah perkuburan tersebut sejak pagi tadi.

Sementara itu, tular cerita seorang lelaki yang terhidu wangian kasturi ketika menghampiri jenazah arwah semasa di tanah perkuburan.

Sudah tentu ada kebaikan yang dilakukan hinggakan pelbagai cerita baik dikongsikan ramai insan yang mengenali arwah sepanjang kehidupannya.

Al-Fatihah buat Yuhanis, semoga arwah dicucuri rahmat.

Sumber Dan Rujukan :
- Sarawak Update Live
- Majalah
- Utusan
- Via Corentan Nasihat