Rupanya Telah Terlibat Dalam Nahas, Isteri Hantar ‘Live Location’ Tapi Berhenti Di Klinik

Tempoh hari, 2 pengadil kejohanan ragbi di Keningau, Sabah telah terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya semasa hendak pulang menuju ke tempat masing-masing. Individu pertama yang terlibat dikenali sebagai Cikgu Zakwan yang telah sedarkan diri dan dirisaukan telah mengalami keretakan pada bahagian pinggul. Justetu itu, seorang lagi yang terlibat iaitu Cikgu Lina dimana telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang menerima rawatan.
Seorang yang komited, permata sekolah & warga pendidikan Lahad Datu…kehilangannya pasti sangat dirasai
Pemergiannya itu disahkan sendiri oleh suaminya, Razvi Musily melalui postingan Facebook nya pada petang semalam. Disifatkan sebagai 'permata sekolah' yang senantiasa komited dalam kerjanya, turut warga SK Belacon Lahad Datu juga terkesan dengan pemergian Allahyarhamah Nuraslina Lee yang berkhidmat sebagai guru bimbingan dan kaunseling.

Live location yang isteri share sebelum gerak dari Keningau, ended di Klinik Kesihatan Telupid…sayang bah
Razvi sangat tidak menyangka bahawa mesej bersama isterinya melalui aplikasi WhatsApp Isnin lalu bakal menjadi perbualan terakhir mereka. Dalam perjalanan pulang, Allahyarhamah Nuraslina sempat membeli beberapa makanan untuk suami dan anak di rumah. Namun malangnya, 'live location' yang di kongsikan padanya tiba-tiba berakhir di sebuah klinik kesihatan.
Ambulans bergerak jam 9.30 pagi & dijangka sampai ke Tanah Perkuburan Pasir Putih, Tawau lepas Asar
Dikhabarkan ambulans yang membawa Allahyarhamah Nuraslina bertolak dari Sandakan pagi ini, sebelum dijangka tiba ke Tanah Perkuburan Pasir Putih, Tawau sekitar petang ini. Justeru itu, Razvi memohon doa daripada semua pihak supaya urusan pengebumian nanti berjalan dengan lancar.

Sumber: Kisah Dunia