Resepi Tauhu Begedil

Resepi : Tauhu Begedil Cik Ain
Tak hanyir dan masak sempurna :)

== Bahan-bahan ==

Bahan inti:
2 biji kentang
1 keping daging kisar
1/2 batang carrot
Setangkai daun sup
1 kiub ayam
3 tbsp bawang goreng
1 biji bawang besar
Sedikit seasoning

Bahan sambal kicap:
1/2 cawan kicap manis
10 btg cili padi
5 ulas bawang putih
3 tbsp gula
1 1/2 tbsp garam
6 biji air limau kasturi

Bahan lain:
Tauhu goreng
Telur
Tepung jagung

== Cara-cara ==

1. Rebus kentang terlebih dahulu.

2. Kemudian satukan kesemua bahan inti ke dalam food processor dan kisar halus.

3. Sumbatkan inti ke dalam tauhu goreng.

4. Celupkan tauhu ke dalam telur dan golekkan dengan tepung jagung. Goreng garing.

5. Untuk buat sambal, satukan kesemua bahan dan kisar. Perasakan ikut selera. Tauhu begedil sedia dimakan bersama sambal kicap. 

Selamat mencuba!
Kredit: Seminit Resepi
Resepi Lain :