Resepi Lempeng Kelapa | Peknga nyok | lembut dan sedap

Resepi lempeng kelapa atau nama lain peknga yang lembut dan sedap. cara buat lempeng kelapa /peknga ini sangat mudah dengan sukatan cawan. Resepi lemeng kelapa ini menggunakan resepi tradisional kuih orang kampung.

Lempeng kelapa sangat sedap rasanya, menggunakan kelapa muda sebagai bahan asasnya. Ia selalunya dimakan bersama kari daging, sambal bilis atau pun gula. Ada pelbagai resepi dan cara untuk membuat lempeng kelapa. Di sini kami kongsi, Resepi lempeng kelapa paling mudah dan sedap.

Bahan - bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda (diparut)
1/4 santan
sedikit garam
1 cawan air kelapa (boleh guna air biasa)

Cara - cara:
1. Sediakan sebuah mangkuk atau bekas yang sesuai.
2. Masukan tepung gandum, kelapa parut, santan dan sedikit garam. Gaul rata.
3. Kemudian masukan air kelapa muda. Jika tidak ada, boleh gunakan air bersih biasa. Gaul rata semua bahan sehingga sebati.
4. Panaskan kuali. Kemudian sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali mengikut saiz atau bentuk yang kita mahukan.
5. Masak menggunakan api yang sederhana.
6. Alihkan lempeng supaya masak dikedua bahagian atas dan bawah.
7. Apabila ia kelihatan kuning keperangan, ia sudah masak dan boleh diangkat.
8.Hidangkan semasa ia masih panas dengan kuah kesukaan anda. Nikmati lempeng kelapa yang lemak dan parutan kelapa muda yang lembut. 

Selamat mencuba!
Kredit: malay kitchen