Resepi Kuih Lompang | Gedik2 Manis Berlesung Pipit


Resepi kuih lompang gula merah sukatan cawan menggunakan sirap gula melaka dari NUTRIFRES. Resepi kuih lompang sukatan cawan ini Senang pakai sirap gula melaka dari NUTRIFRES . xperlu masak gula merah,xperlu tapis, xperlu tambah gula putih. Rasanya yang lengkap menjimatkan masa dan memudahkan kerja memasak.😘😘

Bahan - bahan :
1 cawan Sirap gula melaka Nutrifres
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1/2 sudu kecil air kapur
Bahan hiasan : Kelapa parut dan sedikit garam

Cara - cara :
1. Masukan tepung beras dan air.kacau rata.
2. Kemudian masukan Sirap gula melaka NUTRIFRES. Kacau rata.
3. Masukan air kapur dan kacau rata. Tapiskan adunan ini. 
4. Panaskan acuan yang dioles dengan minyak masak sedikit. (5minit).
5. Kemudian, tapis adunan kuih lompang
3. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus dengan api kuat selama 15-20minit.
4. Hasilnya kuih lompang berlesung pipit yang sangat cantik. 
5. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

Selamat mencuba!
Kredit: malay kitchen