Resepi Kek vanilla simple | Gebu dan Sedap | Resepi Mesti Jadi


Kek vanilla simple yang gebu dan sedap. Resepi kek vanilla sukatan cawan ini sungguh mudah dan hasilnya kek vanilla span yang gebu dan lembut. Kek vanilla simpe ini oleh juga dihias dengan toping kegemaran anda atau dimakan begitu sahaja pun begitu sedap. Mesti cuba mesti jadi.

Resepi Kek Vanilla simple

Bahan-bahan:
3 biji telur A
1/2 cawan gula
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan susu
3/4 cawan tepung kek
3 sudu besar marjerin cair

Cara-cara :
1. Masukan semua bahan kecuali marjerin ke dalam sebuah mangkuk.
2. Whisk sehingga ia kembang. (Cadangan 10minit dengan kelajuan maksima).
3. kemudian masukan marjerin cair dan kaup balik sehingga semua sebati.
4.Oles loyang dengan sedikit marjerin dan alas dengan kertas baking.
5.Tuang adunan ke dalam loyang. Saiz 6inci dan bakar pada suhu 160 selama 1jam atau sehingga masak.

Hasilnya kek vanila yang gebu dan rasa yang sedap.
Selamat mencuba!

Kredit: malay kitchen