Resepi Biskut Pisang Comey

Resepi : Biskut Pisang Comey
Suka tengok bentuk dia.. hehe.. raya ni buat ok.. :)

== Bahan-bahan ==

Bahan A:
170 gram butter
50 gram gula aising
2 biji kuning telur
1/2 tspn esen pisang
280 gram tepung gandum
20 gram tepung jagung
20 gram susu tepung
20 gram serbuk badam

Bahan B:
1 cawan kacang tanah
2 tbsp gula

Bahan C:
Coklat putih
Coklat gelap
Pewarna kuning

== Cara-cara ==

1. Satukan butter dan juga gula aising. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan bahan lain. Kacau hingga sebati.
3. Untuk membuat inci kacang, hendaklah disangai kacang tanah terlebih dahulu.
4. Kemudian kisar bersama gula hingga hampir menjadi paste.
5. Bentukkan doh seperti pisang dan isikan dengan inti kacang.
6. Bakar suhu 150 selama 25 minit. Sejukkan.
7. Cair kan coklat putih dan letakkan pewarna kuning. Masukkan sedikit minyak jagung.
Celupkan biskut yang sudah sejuk ke dalam coklat. Toskan hingga coklat sejuk.
8. Sapukan pula dengan coklat gelap yang sudah dicairkan (refer video). 
9. Sedia dihidang.

Selamat mencuba!
Kredit: Seminit Resepi