RASMI : Pengeluaran Khas KWSP Dibenarkan, Ini Syarat Dan Cara Memohon


Pengeluaran KWSP merupakan antara harapan rakyat buat masa ini bagi mendepani cabaran kenaikan kos kehidupan yang meningkat.
 
Walaupun beberapa pengeluran khas telah diperkenal kerajaan sebelum ini, nampaknya tekanan kehidupan kini masih memberi kesan dalam kehidupan kita semua.
 
Namun kita mungkin terlepas pandang kebenaran KWSP untuk pengeluaran akaun 2 bagi tujuan tertentu.

 
Pengeluaran KWSP Akaun 2
 
Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk peribadi 2022
 
1) Pembayaran Ibadah Haji
 
Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
 
 
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
 
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
 
 
3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
 
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.
 
 
4) Pengeluaran Untuk Pendidikan
 
Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.
 
KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
 


Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan