Ramai terlepas pandang, perkara ini haram dilakukan oleh wanita hamil selain tayang ‘baby bump’
PENGALAMAN hamil sememangnya antara momen yang paling berharga dan dinanti-nantikan oleh setiap wanita.
Justeru, ramai yang teruja untuk berkongsi setiap perkara mengenai kehamilan mereka di media sosial.
Namun dalam keterujaan tersebut, sebenarnya ada perkara yang diharamkan oleh wanita hamil untuk berkongsi kepada khalayak
Gambar imbasan bayi haram ditunjukkan kepada khalayak. Foto: Dreamstime/TNS. Gambar hiasan
Seorang selebriti media sosial yang aktif membuat perkongsian berkenaan keagamaan dan motivasi, Aisyah Hijanah, tampil berkongsi perkara yang haram dilakukan oleh wanita hamil yang mungkin ramai terlepas pandang.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Aisyah menghuraikan mengenai dua perkara tersebut dan menjelaskan sebab-sebab mengapa ia diharamkan untuk dikongsi.
"Ada dua benda ni yang sebenarnya perempuan pregnant tak boleh tunjuk. Tapi yang nombor dua ini mesti anda terkejut... tak boleh tunjuk rupanya.
"Yang pertama adalah kita punya baby bump, kadang-kadang tu ada perempuan dah pakai baju loose (longgar) tapi sebab baby bump dia memang besar... kalau pakai baju loose sekalipun akan nampak walau dia tak pakai baju ketat.
Wanita Islam yang hamil wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak menampakkan bentuk perut. -Gambar hiasan
"Itu tak apalah. Tapi kalau baby bump memang nampak, lepas itu sengaja pakai ketat, yang itu tak boleh," katanya dalam video perkongsian tersebut.
Manakala perkara kedua di mana seorang wanita hamil haram melakukannya adalah menunjukkan gambar imbasan bayi.
"Yang scan baby itu pun tak boleh tunjuk juga sebab zahirnya janin adalah yang tersembunyi. Bila kita tunjuk dekat orang, dia tak selari dengan janin tu sendiri iaitu ia 'tersembunyi'.
"(Kesimpulannya) yang pertama adalah baby bump, dan yang kedua adalah scan 2D tu," ujarnya lagi.
Sehingga kini perkongsian Aisyah meraih sehingga 1.5 juta jumlah tontonan di aplikasi TikTok.
Sumber : mstar
0 Response to "Ramai terlepas pandang, perkara ini haram dilakukan oleh wanita hamil selain tayang ‘baby bump’"