Rainbow Crepe Cake

Resepi : Rainbow Crepe Cake
Amaran.. Cepat habis kalau buat ni.. :P

== Bahan Crepe ==

6 biji telur
2 1/2 cawan air
1/3 cawan butter cair
Esen vanila
1/3 cawan gula
1 1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan susu tepung
Pewarna

== Bahan Filling ==

2 1/2 cawan whipping cream
1/3 cawan serbuk aiskrim
1/3 cawan gula aising

== Cara-cara ==

1. Satukan kesemua bahan crepe kecuali pewarna ke dalam blender. Kisar halus. Buangkan buih untuk mendapatkan crepe yang halus.

2. Warnakan adunan kepada 6 warna.

3. Masak crepe menggunakan non stick pan.

4. Putarkan bahan whipping cream hingga kembang.

5. Kemudian lapiskan crepe dengan whipping cream.

6. Sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam. Potong dan hidangkan bersama caramel sos.

Selamat mencuba!
Kredit: Seminit Resepi
Resepi Lain :