Lelaki Ini Tak Melenting, Member Bujang 'Bahan' Makan Lunch Bekal Dari Isteri
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bukan hanya terjamin lebih bersih dan sedap, malahan budaya membawa bekal ke tempat kerja sangat mengajar erti berjimat. Seiring di zaman serba mahal ini, sepinggan hidangan lengkap boleh mencecah RM10 atau lebih. Lalu bagi yang sudah berkahwin khususnya, banyak penjimatan boleh dilakukan memandangkan komitmen mereka pada keluarga jauh lebih besar.
Makan lauk meriah, sampai macam dah takde hari esok
Semalam di laman TikTok seorang lelaki ini telah berkongsi satu video ketika ‘dibahan’ oleh rakan-rakan bujang saat mereka menjamu selera di sebuah kedai makan. Pada ketika yang lain membeli makanan penuh sepinggan, manakala dia pula sedang menikmati bekal yang telah disediakan oleh isteri tercinta.
Walaupun lauk bekal itu kelihatan lebih simple iaitu Ayam Masak Sambal dan Kacang Tumis Telur, lelaki itu nampak sangat berselera dalam menjamahnya. Lantaran itu, rakan-rakannya turut ‘membahan’ berkait bekas aiskrim dan container bercorak The Avengers yang digunakan isterinya bagi mengisi makanan. Sedar mereka semua cumalah bergurau mesra sahaja, dia makan seperti biasa dan tidak melenting langsung.
@bosshukex Sedihkan saya kena buli …hahah
♬ original sound - Boss Shukex Halo Telco_oe
Janganlah macam tu, mungkin dia ada perut & kehidupan yang perlu dijaga…Tahniah isteri dia rajin buat bekal
Sejak dimuat naik, video tersebut sudah meraih hampir sejuta tontonan. Meskipun ada yang sedih melihat wajah sugul lelaki berkenaan, mereka memberikan pujian kerana langsung tidak segan membawa bekal yang disediakan oleh seorang isteri yang ikhlas di rumah.
Sumber: Erin Sakura
0 Response to "Lelaki Ini Tak Melenting, Member Bujang 'Bahan' Makan Lunch Bekal Dari Isteri "