Lelaki Cuba Terjun Dari Bilik Sewa Berjaya Diselamatkan


TAWAU: Seorang lelaki berusia 38 tahun cuba untuk membunuh diri dengan terjun daripada tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Habib Sheikh, Sabindo  di sini semalam.

Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak meneruskan niatnya setelah dipujuk oleh anggota bomba dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 9.31 malam.

Sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Suheizan Sahak dikejarkan ke lokasi yang terletak 2 kilometer daripada BBP Tawau.

“Sebaik tiba, mendapati terdapat seorang lelaki berumur 38 tahun cuba terjun dari bangunan tingkat tiga dipercayai bilik yang disewanya.

Selepas berjaya dipujuk, mangsa diserahkan kepada kepada pakar psikiatri Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut. 

Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 10 malam.

Sumber : Sabahpost