Lagi Seminggu Bertunang, Lelaki Kena Block Sebab Bukan Menantu Kerja Kerajaan


Perbandingan dari aspek material dalam pemilihan pasangan juga boleh menjadi salah satu punca sesebuah perhubungan terkandas di tengah jalan. Lebih teruk apabila ‘dihasut’ ahli keluarga sendiri, yang masih memandang harta kebendaan selain kerja kerajaan dianggap lebih menjamin masa depan sesudah berkahwin kelak.

Saja buat surprise sebab awak baru balik dari Mesir…lagi seminggu nak tunang

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai kisah cinta yang amat menyayat hati terpaksa dilalui oleh seorang lelaki. Terdahulu, saudara Ammar Izzuddin hadir ke sebuah lapangan terbang dengan hajat ingin melakukan kejutan istimewa buat pasangannya yang baru balik dari Mesir.

Mungkin sampai sini je hubungan kita…mak tak reda sebab nak yang kerja kerajaan gaji besar

Walaupun dibawa sekali sejambak bunga untuknya, namun tak semena-mena nombor Ammar disekat pula. Menerusi tangkap layar perbualan terakhir mereka, rupa-rupanya bekas teman wanita itu mendakwa ibunya tidak reda hubungan tersebut kerana mahukan calon menantu yang bergaji lebih besar dalam sektor kerajaan. Apa yang lebih sedih, kejadian itu berlaku seminggu sebelum pemuda ini ingin masuk meminang.
@malikul_ammar tak sangka jadi macam ni #curang #pilihkasih #fyp @akademinikah.com ♬ Rumah Singgah - Fabio Asher

Pernah kena reject hanya sebab tak kerja kerajaan juga…semoga jumpa yang lebih menghargai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkilan dengan alasan wanita itu tatkala mahu memutuskan hubungan cinta yang dibina sekian lama. Dalam pada itu, segelintir mereka turut menceritakan pengalaman masing-masing susulan ‘tewas’ dengan calon yang bekerja di sektor kerajaan.

Kredit : TikTok malikul_ammar | Erin Sakura | Kisah Dunia