Kuih koci | Sedap dan lembut

Kuih koci sinonim dengan pantun seloka makanan orang tak ada gigi. Kerana teksturnya yang lembut dan kenyal mudah untuk dinikmati. Resepi kuih koci kali ini menggunakan beras pulut hitam dan berintikan kelapa parut manis.
Resepi Kuih Koci Pulut Hitam

Bahan – bahan :

Bahagian Inti Kelapa
2 cawan kelapa parut
1/2 cawan air gula merah
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
Bahan badan kuih
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan beras pulut hitam halus (boleh kisar beras pulit hitam dan ayakan)
1/4 cawan santan
1 cawan air (air secukupnya)
sedikit garam
daun pisang yg dilayur

Cara – cara :
Bahagian Inti Kelapa
1. Masukan kelapa parut, air gula merah dan gula ke dalam sebuah periuk. 
2. Kacau rata dan masak di atas api yang sederhana. 
3. Kemudian apabila sebati, masukan tepung gandum dan kacau rata. 
4. Tutup api dan biarkan ia sejuk.

Bahagian badan kuih
1. Masukan semua bahan ke dalam sebuang mangkuk atau bekas. 
2. Uli adunan sehingga ia menjadi doh. 
3. Masukan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan dan membentuk doh. (anggaran 1 cawan).
4. Kemudian ambil sedikit doh, isikan dengan sedikit inti kelapa parut yang dimasak tadi. Tutup kemas dan bentukan bulat. 
5. Sediakan daun pisang yang dilayur, ambil sedikit minyak masak sapukan di permukaan daun itu. 
6. Kemudian ambil 1 doh kecil dan lipatkan kemas seperti yang ditunjukan di dalam video. 
7.  Kemudian apabila pengukus sudah panas, kukus kuih koci ini selama 30minit atau sehingga masak.

Hasilnya kuih koci yang sangat sedap, teksturnya kenyal di luar dan inti yang lembut di dalam.

Selamat mencuba!
Kredit: malay kitchen