“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir


 

Kisah pergolakan rumah tangga selebriti Mizz Nina bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mencuri perhatian orang ramai setelah pengumuman mengenai perceraian mereka, semalam.

 

Ekoran itu, nama Nina dan Noh hangat menjadi perbualan di media sosial serta menimbulkan pelbagai persoalan netizen yang tidak menyangka pasangan itu berpisah setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama.

 

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada dalam kalangan netizen yang memuat naik kembali status Noh ketika sambutan hari jadinya yang ke-37 pada 15 Mac lalu.

 

Ia ditularkan semula dan vokalis kumpulan Hujan itu meninggalkan pesanan kepada Nina dan anak angkatnya, Musa.

 

“Semoga Allah terus merahmati kita semua. Kalau saya tiba-tiba mati dalam masa terdekat ini, tolong jaga Nina & Musa untuk saya. Saya mohon.

 

“37 tahun pada 15 Mac 2022,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

 

Susulan itu, tinjauan di ruangan komen ciapan tersebut seakan dibanjiri tangisan peminat mereka yang masih berduka cita dan teriklan pasangan itu akhirnya berpisah.

 

Menurut rata-rata netizen, mereka tampak sangat bahagia bersama, lebih-lebih lagi setelah kemunculan Musa dalam hidup mereka.

 

Nina dan Noh memfailkan penceraian pada 14 Jun lalu dan disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin.

 

Menerusi hantaran terbaharu Nina di Instagram Story miliknya, dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberinya sokongan dan tidak henti menzahirkan ucapan doa agar dirinya terus tabah menghadapi ujian kehidupan tatkala ini.

 

Sumber: xtra.com.my