Ini senarai Bantuan-Bantuan Kewangan Kerajaan yang dibayar dari 01 hingga 10 Ogos 2022


Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar kepada yang layak (diluluskan permohonan) pada setiap bulan. Ini adalah senarai bantuan kewangan JKM yang akan disalurkan dari 01 hingga 10 Ogos 2022: –

Bantuan Am Negeri/Persekutuan

Bantuan Am ini diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Jumlahnya adalah minima RM100/seorang sebulan dan maksimum RM350/sekeluarga sebulan.

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

BKK melibatkan jumlah bantuan kewangan bulanan sebanyak minimum RM150/seorang sehingga maksimum RM1,000/sekeluarga sebulan. Ia diperkenalkan untuk membantu, memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Bantuan Warga Emas (BWE)

BWE ialah bantuan yang diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Mereka yang layak boleh menerima bantuan bulanan sebanyak RM500/sebulan.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

EPOKU ialah sebuah Insentif bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Nilai bantuan bulanannya adalah pada kadar RM450/seorang.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

BTB pula melibatkan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM300 seorang sebulan. Objektifnya adalah bagi membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

Bantuan Penjagaan Oku Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Bantuan ini bagi meringankan bebanan keluarga/penjaga dan menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar, sakit terlantar atau sakit kronik. Jumlahnya pula adalah sebanyak RM500 sebulan seorang.

Untuk maklumat lengkap dan permohonan berkenaan bantuan-bantuan kewangan bulanan JKM, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan