Ini Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Bayar Ansuran Bulanan Rumah

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Selain pengeluaran KWSP untuk deposit rumah, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada cara untuk bayar bulanan rumah dengan melakukan pengeluaran duit KWSP.

Pengeluaran wang KWSP untuk bayar bulanan rumah sangat membantu individu untuk mengurangkan komitmen bulanan mereka buat sementara ataupun setiap tahun. Jadi, berikut merupakan beberapa kriteria dan cara untuk anda mohon pengeluaran rumah ini.

BOLEH GUNA KWSP BAYAR RUMAH ANSURAN BULANAN

Jumlah simpanan dari Akaun 2 akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON

- Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998).
-Berumur 55 tahun ke bawah.
-Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2.
-Membeli/membina sebuah rumah kediaman*
-Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP.
-Ansuran bulanan telah bermula.

Nota: *Rumah kediaman – jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio / apartmen servis/ townhouse/ SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN

Bagi pengeluaran individu dan pengeluaran bersama, jumlah yang boleh dikeluarkan adalah seperti berikut:

-Jumlah baki pinjaman perumahan, atau;
-Kesemua simpanan di dalam Akaun 2, atau;
-Bayaran bulanan minimum RM100 dan maksimum tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan selama enam bulan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang KWSP 9P (AHL) dan Senarai Semak Dokumen (Pemohon kaunter – bukan pemegang MyKad sahaja).

2. Salinan dokumen pengenalan diri dengan yang asal untuk pengesahan (Bukan Pemegang MyKad sahaja).

3. Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format KWSP ATAU Penyata baki pinjaman perumahan dari LPPSA (Tarikh Penyata Baki tidak melebihi 1 bulan/3 bulan(LPPSA) dari tarikh permohonan diterima).

4. Perjanjian Jual Beli (S&P) /Bukti Gadai/Penyerahan Pemilikan (Borang Gadai & Surat Hakmilik) – jika maklumat di dalam. 

5. Penyata Baki Pinjaman Perumahan tidak lengkap.

6. Buku bank atau salinan penyata akaun bank. 

CARA MOHON PENGELUARAN

-Secara online

1.Log masuk ke i-Akaun KWSP

2.Klik Pengeluaran

3.Klik Permohonan Baharu

4.Pilih Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

5.Pilih Jenis Institusi & Nama Institusi
6.Klik Seterusnya & Terima
7.Isikan maklumat yang diperlukan
8.Klik Seterusnya sehingga permohonan selesai.


Bawa borang dan senarai dokumen yang diperlukan berikut ke cawangan KWSP berhampiran.

-Rakan Strategik e-Pengeluaran

Boleh terus rujuk rakan strategik berikut untuk panduan lanjut: