Ibu Rasa Serba Salah Hidup Susah, Anak Nangis Kerana Penat Naik Tangga Tingkat 8 Rumah PPR

Ibu bapa mana yang tidak mahu untuk sediakan rumah paling selesa untuk anak-anak membesar? Bukanmha tidak mahu berusaha mengubah nasib, namun kesusahan hidup yang semakin menekan terkadang membuatkan mereka menemui jalan yang buntu. Jangankan angan-angan dalam membeli rumah besar, walhal makanan pun ada yang terpaksa mencatu setiap hari.

Aku rasa berdosa & looser sebab tak boleh wujudkan rumah terbaik untuk anak

Beberapa hari yang lalu, seorang ibu bernama Puan Sasya Syanina berkongsi kisah sedihnya melihat tangisan anaknya yang kepenatan menaiki tangga rumah PPR mereka. Hal ini telah mendedahkan realiti pahit kehidupan kebanyakan penghuni di rumah mampu milik itu, iaitu mereka sering berhadapan dengan isu fasiliti yang tidak diselenggara. Dugaan berat yang mereka hadapi sedikit sebanyak membuatnya merasa serba salah kerana belum mampu menyediakan ‘mahligai’ selesa untuk semua cahaya matanya.


Bila call pihak pengurusan mereka suruh sabar…Kami dibuat macam bola

Bukanlah tidak bersyukur, akan tetapi kerosakan lif yang lama berlaku iaitu lebih 6 bulan itu cukup menyusahkan penduduk. Bukan sahaja kanak-kanak, bayangkan pula bagaimana dengan nasib orang tua yang kurang berdaya, ibu hamil ataupun golongan OKU yang bergantung kepada kemudahan sedemikian? Pihak pengurusan yang menerima aduan berkenaan malahan bertindak acuh tak acuh.



Anak sulung balik 1.20 tengah hari…Patut boleh balik rumah dulu, tapi terpaksa bawa baju salin tempat lain

Berbalik kepada kisah Puan Sasya, masa yang terlalu lama dalam menggunakan turun naik tangga turut menganggu persediaan anaknya untuk ke sekolah agama. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menukar baju dan makan di dalam kereta sahaja sebelum menuju ke sekolah. Ternyata, isu itu pernah masuk ke laporan berita tetapi keadaan masih lagi sama hingga ke hari ini.



Sumber: Erin Sakura